Keluasan api neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi
s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur
itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya.
"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia
hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yang
disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus
engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki
dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pinturumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang
yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernamaSaqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha,
pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu
yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh
pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan
kepala nabi s. a.w.
di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?"
Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian
nabi s. a. w.
menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a. w. masuk ke
dalam rumahnya dan
tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
rantai Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah- mudahan dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
0 komentar:
Posting Komentar